tag:blogger.com,1999:blog-82009646039931517452024-03-12T20:24:34.697-07:00dayyaismAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.comBlogger60125tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-1547537840230336512011-12-20T09:19:00.000-08:002011-12-20T09:19:02.768-08:00BonekaADa kisah tentang seorang manusia yang merasakan hidupnya dia selaku boneka. Ini bukan kisah seorang budak yang terasa dengan keliling dan merasakan bahawa dia sengaja dibudakbudakkan, padahal dia sememangnya seorang budak. Bukan. Ini kisah seorang manusia yang sudah dewasa namun hidupnya tak ubah seperti boneka. Pernah lihat persembahan boneka? Ya, seperti itu. Pada waktu seluruh hati mahu Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-71674389103473028072011-11-29T06:31:00.000-08:002011-11-29T06:34:55.368-08:00Bila?Dalam keterbatasan waktu dan suntuk abjad, kata-kata aku bagai mati. Entah bila dapat aku harapkan ia bangkit kembali. Mungkin, satu masa nanti bila hati penuh rasa yang tidak-tidak, jiwa sudah pulih dari rajuk cerita, lisan makin lancar mencorak kisah dan tubuh gagah berjuang khidmat, juga tidak lupa juga pada teknologi yang semakin merimaskan.
Jujur, aku mahu kembali mengetuk kekunci abjad Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-55121530495610942322011-10-11T08:10:00.000-07:002011-10-11T08:10:33.074-07:00.Konflik.Manusia pencinta aman tidak akan pernah menyukai konflik. Ia menyakitkan, menyusahkan dan menyedihkan. Dan paling kasihan, kalau konflik yang terjadi melibatkan urusan-urusan harian.
Betul lah, selagi namanya hidup maka tak akan pernah lari konflik mendampingi. Tapi agak-agaklah. Kalau sengaja mencari punca, sengaja mencipta ketidak sefahaman,
lalu mengapa di tuding jari telunjuk sedang Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-59995969713259625872011-09-04T03:06:00.000-07:002011-09-04T03:07:16.102-07:00PermatangAku berikan satu analogi.
Seorang wanita tua dengan baju lusuh sedang menebas di permatang sawah. Permatang sawah itu tempat anak-anaknya bermain waktu kecil. Permatang sawah itu ruang gembira seisi keluarga dengan hembus angin sepoi-sepoi waktu petang. Permatang itu adalah pujukan rindu.
Rindu pada anak-anak yang lama terlupakan jalan pulang.
Di permatang itu, apa yang dilihat wanita tua? Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-4527910471984321802011-08-05T10:31:00.000-07:002011-08-05T10:32:38.434-07:00Peluh emasPeluh emas itu bila ia terpercik dari tubuh, baunya semerbak harum. Peluh emas itu, biar si pelaku kerja terlentang tak bergerak nilainya adalah taruhan tertinggi.
Kerana sebenarnya peluh emas itu adalah hasil dari kepayahan yang sungguh-sungguh dirasakan oleh si pelaku. Bebanan yang tertanggung cuma si pelaku yang faham. Dan ikutan itu, meski si pelaku membujur lalu melintang patah atas Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-62138916844085879282011-07-10T10:25:00.000-07:002011-07-10T10:25:25.488-07:00Malas berfikirSudah lama aku tidak melihat hidup dengan yakin kerana itu tidak aku coretkan perkara-perkara baru di sini. Ruang fikir aku tentang hidup bukan gelap padam, cuma samar-samar. Ulangan diari sama setiap hari buat aku putus akal mahu melihat hidup seperti apa. Sebab dalam sini, jauh dalam hati aku nampak hidup ini bagai corak yang dicop pada sehelai kain berulang kali. Sama. Berulang. Bosan. Tidak Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-60809630463882610622011-06-21T10:33:00.001-07:002011-06-21T10:33:44.279-07:00Muhasabah dari masalahApabila berhadapan dengan masalah, lihatlah ia dari luar bukan dari dalam. Maksudnya begini; dari menggunakan kata ganti aku lebih baik tukarkan kepada dia.
Bila setiap kali aku ditukar kepada dia maka kau akan melihat dari sisi orang lain. Kau akan memberi simpati bukan empati. Walau simpati dan empati dua perkara hampir sama tapi efek antara keduanya sangat berbeza.
Kau boleh cuba cara ini Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-64138181204366669182011-06-20T03:01:00.000-07:002011-06-20T03:01:40.606-07:00Tetap sama jugaPenghujung hari ini adalah permulaan hari esok. Untuk mereka yang tak pernah lelah mencuba, esok adalah suatu harapan sedangkan untuk mereka yang cungap berlawan keras hidup, esok itu adalah gelanggang cabaran.
Untuk aku, esok itu bagaikan malam yang dingin dan hari ini adalah adalah siang yang panas. Dua waktu berbeza dengan dua rintangan azab yang saksama.
Hari ini atau esok tetap sama kalau Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-4187478905113784372011-05-31T06:34:00.001-07:002011-05-31T06:34:23.729-07:00Bergembira untuk ikhlasBila mana kau mencintai manusia maka seharusnya kau kenali dulu siapa diri kamu. Pernah dengar, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala juga sebaliknya." Lalu kalau kamu terlalu memandang tinggi lelaki itu, apa lagi. Kamu juga perlu berubah. Bagaimana mahu berubah jika tidak kenal diri sendiri. Lalu kembali semula dalam fitrah. Kembali Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-74024934635804314592011-05-30T09:23:00.000-07:002011-05-30T09:23:17.043-07:00Luar kotakDari dalam kotak, kita cuma melihat dari empat sudut penjuru tanpa mengambil kira selain itu. Dan ruang sempit itu kadang kala membunuh imaginasi kita dari membesar menjadi matang. Oleh yang demikian, jika kita masih berada di dalam kotak, lompatlah keluar. Pekikkan pada dunia yang luas betapa empat sudut kecil itu tidak sedikit pun mencacatkan corak fikir kita. Dan waktu sebelum itu kita Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-3360325128383702602011-05-20T22:51:00.000-07:002011-05-20T22:51:49.410-07:00LudahMendongak ke langit dan meludah, bukan suatu tindakan bijak. Formulasi tarikan graviti jelas menunjukkan bahawa yang akan terkena ludahan itu adalah diri sendiri. Sebab itu, sebelum melakukan sesuatu, harus bijak menilai. Sebelum berkata sesuatu, harus punya ilmu.
Ramai yang tidak percaya bahawa dua tiga perkataan yang ditulis itu lebih dalam melukakan jiwa orang berbanding sumpah herdik berjela.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-12586954977092758972011-04-28T12:50:00.000-07:002011-04-28T12:50:23.718-07:00HubunganBerhubungan dengan manusia yang lain bukan sesuatu yang mudah. Ia seperti seni muzik. Kau perlu hidup dalam rentak dan tempo yang sama. Dan proses akhirnya, kau mendengar irama bersama sambil kepala sama-sama mengangguk, jari sama-sama dipetik, peha ditampar lembut, kaki menghentak lantai. Seluruh badan kau bercantum dengan irama. Sehati. Dan sambil kau menutup mata masih dapat kau rasakan Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-85741832003284409302011-04-24T10:13:00.000-07:002011-04-24T10:13:26.582-07:00NaskahKecelakaan dalam menulis bukan kerana penulis itu celaka pada ideanya. Maaf kalau celaka itu kau andaikan makian. Tapi celaka dalam penulisan bila idea yang kau tulis tidak terjumpakan klimaks paksi kepuasan pembaca. Jangan kau jahanamkan naskah itu-- bukan puaka seni itu.
Yang punya pelesit ialah hati kita-kita; sentiasa mahu lebih. Sentiasa mendabik dada senang pada lebih yang sedikit. Tak Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-61780213125583139592011-04-20T09:50:00.000-07:002011-04-20T09:50:38.646-07:00Ujian TuhanJangan diajar diri minta pada Tuhan semua benda. Belajar dahulu untuk tahu benda apa yang kau mahu. Jangan samberono memohon itu ini dan menjadi manusia pelupa. Jangan tipu, manusia meski tak semua-- tapi banyak yang tipu Tuhan bila sudah diperkenan doanya. Sebab itu Tuhan beri ujian demi ujian untuk mengingatkan.
Ujian untuk aku dari Tuhan juga, salah satu.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-47893522009292194102011-04-15T09:50:00.000-07:002011-04-15T09:50:02.056-07:00Menjadi diri sendiriManusia sering kali gagah menyalak mengatakan bahawa dia hidup dengan caranya sendiri. Sebenarnya dia lupa, hidupnya juga sebenarnya didalangi orang lain. Dia itu seringkali mengikut cara dari beberapa orang kenalan lama dan barunya, dan kemudian dengan megah berkata bahawa dia hidup menjadi dirinya sendiri.
Aku tidak kenal aku itu bagaimana untuk menjadi aku selayak kata aku tentang aku.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-90936972296604276642011-04-06T11:48:00.000-07:002011-04-06T11:48:31.197-07:00HipokrasiAdakalanya kita terpaksa menidakkan sesuatu yang benar demi menjaga kewajaran sesuatu perkara. Namun kadangkala, ia terlantik secara sendirinya menjadi hipokrasi. Ah, hipokrasi itu sangat besar maknanya. Boleh tak kalau aku mahu samakan hipokrasi dengan munafik?
Aku tidak suka pada usul hipokrasi kerana pada aku kalau sungguh tidak mahu kau khabarkan sesuatu, maka diamkan. Kerana dalam diam itu Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-68995274951365668222011-04-03T09:46:00.000-07:002011-04-03T09:46:10.801-07:00Fitnah hidupHidup selalu sahaja dibangsatkan bila-bila kegagalan menghimpit laluannya. Pada saat nafas kau tersekat dan berinjak sangat rapat dengan kematian, hidup adalah perkara pertama yang bakal kau mohon pada Tuhan. Bahasa hidup, meski nadanya lebih banyak keras dengan jerit susah dan erang payah--
selagi bergelar manusia, kita-kita ini tak akan puas untuk menikmatinya.
Sebab itu hidup sejagat alam ini Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-69903006348819861872011-04-01T20:28:00.000-07:002011-04-01T20:28:49.762-07:00TakdirJangan pernah sekali kita cuba simpulkan bahawa takdir yang membawa keburukan itu kebobrokan para syaitan. Boleh jadi sebenarnya Tuhan sengaja menguji indahnya iman para hambanya. Mungkin juga kerana kesilapan itu Tuhan takdirkan keindahan pada kesudahan yang tidak kita jangka.
Aku walau tidak pandai meneka firasat takdir yang terjadi, meski dalam diam-diam aku menghukum kenapa aku yang terakhirAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-40671117258679323802011-04-01T09:50:00.000-07:002011-04-01T09:50:24.848-07:00JujurPerkataan jujur bukan ibarat rintik hujan yang pertama selepas kemarau panjang. Jujur itu hanya kau sedar wujud letaknya bila keadaan benar itu benar kau rasakan dengan jiwa. Kadangkala jujur diluah lidah tidak punya edah menunjukkan benar, tapi selalunya jujur itu terlalu payah untuk bersua lalu mencipta momen indah tentang isi dunia. Kerana itu jujur-- selalu sahaja disalah anggapkan.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-70702875619612443582011-03-30T18:17:00.000-07:002011-03-30T18:17:36.834-07:00DiamDiam buat manusia belajar tentang nilai. Ketika diam manusia mula menilai setiap sesuatu, timbang timbal baik dan buruk. Diam sahaja bila kebuntuan, menjadi pemerhati dan meletak nilai.
Dan akhirnya bila keputusan dicapai, genggam dan semat dalam jiwa, melangkah gagah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-70781845196973760142011-03-26T01:00:00.001-07:002011-03-26T01:01:18.894-07:00YourselfAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-43772876727314631072011-03-25T09:59:00.000-07:002011-03-25T09:59:52.957-07:00DiriJangan pernah salahkan yang lain sebelum usai kau melihat dirimu sendiri.
Kala kau menghadap cermin tunjukkan wajah kau yang paling jelek
agar nanti bila dikata orang kau sudah tahu sejelek mana sebenarnya engkau.
Jangan terpedaya dengan kata-kata orang yang mahu terus memusnahkan kamu.
Cukup jangan sampai kau diinjak sesenang hati.
Walaupun kau bukan yang paling kuat, jangan letak diri sebagaiAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-61667545091584447302011-03-25T09:54:00.000-07:002011-03-25T09:54:26.246-07:00MaknaKita terus berlari mengejar apa yang tak pasti.
Dari persimpangan jalan sana kita lihat kubah rehat kita dimusnah orang;
ke mana langkah kita seterusnya?
Terus mara dengan jalan kabur atau kembali kepada pengkalan yang sudah musnah.
Kedua-duanya tidak membawa makna.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-13033627268795922482011-03-25T09:50:00.000-07:002011-03-25T09:50:56.875-07:00LemahBaling batu sembunyi tangan tak akan buat kau lebih bagus dari aku.
Kenapa kau lancarkan peperangan kalau kau takut musibah?
Jangan pernah lari dengan apa yang kau definisikan hidup.
Matlamat kau cuma mahu menang, itu hak kau.
Tapi mengapa sampai mahu berjuang dengan cara yang salah?
Mahu terus jadi si penakut atau sudah kau gelar diri pengecut.
Maaf, bukan cara aku.
Meski aku bukan manusia Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8200964603993151745.post-56985573740709670042011-03-25T09:06:00.000-07:002011-03-25T09:06:31.110-07:00MasalahBila berhadapan dengan masalah, jangan lari sebaliknya kejar. Lari membuatkan masalah kelihatan rumit sedangkan bila kau mengejar masalah semakin kelihatan mudah. Sama bila kau buat larian marathon. Kalau kau membontotkan laluan maka kau tidak akan nampak lopak di hadapan. Cuba kau berlari dalam laluan itu, mungkin kaulah pelumba pilihan. Siapa tahu.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/06071725125682578738noreply@blogger.com0