Saturday, March 19, 2011

Jauhari dan Manikam

Hanya Jauhari mengenal Manikam;

Jauhari akan setia mengatakan bahawa benda berharga di dalam genggam tangannya itu benar-benar Manikam, bila-bila dia pasti.

Hari ini, akulah Jauhari dan manikam itu adalah pada siapa persahabatan itu aku tujukan. Kalian manikam, meski pernah jatuh dan terserpih, meski tersalut lapisan lumpur, meski pudar warnanya dimamah hari, kalian tetap manikam di hati aku.

Terima kasih kerana kembali menjadi milik aku, seperti mana apa pun kalian.

2 comments:

ghost said...

mekasih kerna masih mengenali manikam.

Unknown said...

ghost: sama-sama.selagi jauhari masih bergelar jauhari, maka manikam akan kekal menjadi manikam.