Monday, May 30, 2011

Luar kotak

Dari dalam kotak, kita cuma melihat dari empat sudut penjuru tanpa mengambil kira selain itu. Dan ruang sempit itu kadang kala membunuh imaginasi kita dari membesar menjadi matang. Oleh yang demikian, jika kita masih berada di dalam kotak, lompatlah keluar. Pekikkan pada dunia yang luas betapa empat sudut kecil itu tidak sedikit pun mencacatkan corak fikir kita. Dan waktu sebelum itu kita sebenarnya menyediakan ruang untuk diri dengan cengkerang tabah mengharungi luas fatamorgana.

Tiada suatu waktu pun yang kita persiakan, sejak dari dalam ruang empat penjuru kecil hingga waktu kita membuat keputusan melompat keluar. Di situ kita letakkan kepercayaan bahawa setiap detik itu adalah suatu pembelajaran kekal sepanjang hayat.

3 comments:

Kepala Mancis said...

jangan terlompat masuk kotak lain. keh keh

Unknown said...

eh, apa pulak. lain kotak lain pula panoramanya. :) masih boleh belajar kan?

attholib said...

Lihat! kamu bukan si penakut! Jadi, andai kamu merpati, ambillah sayap dan terbang ke langit. Tinggalkan sangkar yang mengurung dirimu :)