Peluh emas itu bila ia terpercik dari tubuh, baunya semerbak harum. Peluh emas itu, biar si pelaku kerja terlentang tak bergerak nilainya adalah taruhan tertinggi.
Kerana sebenarnya peluh emas itu adalah hasil dari kepayahan yang sungguh-sungguh dirasakan oleh si pelaku. Bebanan yang tertanggung cuma si pelaku yang faham. Dan ikutan itu, meski si pelaku membujur lalu melintang patah atas kehendak dan kemahuannya, peluh emas itu muncul.
Sejujurnya, peluh emas sangat-sangat aku mahu. Mungkin mengikut kata orang-orang terdekat, sudah terbit peluh emas itu rintik-rintik dekat dahi aku. Sebenarnya, itu mungkin cuma berlian tumpah yang disalah sangka sebagai emas.
Masa depan yang mendatang, peluh emas akan menitis juga dari jasad aku. Cuma aku belum pasti bila.
7 comments:
ini boleh ganti lagu saleem "bunga emas" gua rasa la...ahaks~
apa yang kita percaya. apa yang kita suka. jalan jatuh lari !
Mungkin perlukan kekebalan jiwa dan juga diri untuk mendapat "peluh emas" itu. Kedengaran sukar.
peluh emas?
ndak ngerti...
met buka puasa
salam kenal, follow back :)
kalaulah benar peluh itu beremas, tidak perlu lagi aku bekerja di dalam aircond. kerja keras yang berpeluh dan akan ku gadai peluh emas untuk dapatkan hasilnya. boleh gitu? hehe
bila peluh emas ayah dan suami mula ada, ska hadiahnya makanan buat isi perut. hehe
tak ramai punya semangai untuk merembeskan peluh emas.
selamat maju jaya
Post a Comment