Tuesday, December 20, 2011

Boneka

ADa kisah tentang seorang manusia yang merasakan hidupnya dia selaku boneka. Ini bukan kisah seorang budak yang terasa dengan keliling dan merasakan bahawa dia sengaja dibudakbudakkan, padahal dia sememangnya seorang budak. Bukan. Ini kisah seorang manusia yang sudah dewasa namun hidupnya tak ubah seperti boneka. Pernah lihat persembahan boneka? Ya, seperti itu. Pada waktu seluruh hati mahu melakukan yang lain, seluruh jasAd pula dikerah dengan gerak jauh menyimpang dari keinginan. DIa cuma boleh pasrah sebab dia belum mahu redha. Kisah boneka ini selalu berlaku, cuma kita selalu pejam mata. Pernah sesiapa merasakannya? DAn boneka itu menangis waktu raut wajahnya ditujah kasar untuk tersenyum.

7 comments:

maCy said...

adakalanya saat berhadapan dengan si kisah lama, biarlah diri ini menjadi boneka, kerana hakikatnya masih sama, terkedu terdiam tak terkata apa.

venus said...

ah, mungkin Tuhan sudah merancang yang lebih baik untuk kita.

terkadang, hati juga menipu.
apa yang kita mahu juga adakalanya palsu.

Pondok Usang said...

berdiri di atas kaki sendiri.. jgn jadikan diri ini boneka semata-mata..
selamat tahun baru awk..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tak suka diri di patung patungkan.

ghost writer said...

aku belum pernah merasainya,tapi aku masih bisa memahaminya.

Pondok Usang said...

Salam Maulidur Rasul.. =)

catherine- said...

anak bongsu memang selalu begitu.

eh, dayya bongsu ke? ;)

*peluk*