Sunday, April 03, 2011

Fitnah hidup

Hidup selalu sahaja dibangsatkan bila-bila kegagalan menghimpit laluannya. Pada saat nafas kau tersekat dan berinjak sangat rapat dengan kematian, hidup adalah perkara pertama yang bakal kau mohon pada Tuhan. Bahasa hidup, meski nadanya lebih banyak keras dengan jerit susah dan erang payah--

selagi bergelar manusia, kita-kita ini tak akan puas untuk menikmatinya.

Sebab itu hidup sejagat alam ini adalah fitnah.
Fitnah syaitan buat manusia pelupa macam aku.

7 comments:

Benjy said...

Ada baiknya mengfitnah diri sendiri ... emm betul ke tu ? ... tak pasti betul atau tidak tetapi ia lebih baik daripada mnefitnah orang lain .. (aku dulu suka fitnah kucing ku kerana lauk ikan gorengku selalu hilang di meja makan )

Unknown said...

benjy: fitnah hidup ini besar impaknya. hedonism salah satu darinya. :P haha. yep, diri sendiri yang heret fitnah dunia. fitnah orang lain-- er, harap kekal untuk tak berbuat demikian. huhu

ghost said...

selagi permohonan hidup kita tertunai akan ada lagi permohonan selepas itu kerna seperti yang kau katakan manusia tidak akan pernah puas.

ghost said...

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Unknown said...

ghost: siapa-siapa yang tak pernah puas memang rugi, sbb itu Tuhan ingatkan dalam al-quran. :)

skandaLdariLangit said...

mana komen tadi? grr

Unknown said...

ska: er.. mungkin hilang. :(