Friday, April 01, 2011

Takdir

Jangan pernah sekali kita cuba simpulkan bahawa takdir yang membawa keburukan itu kebobrokan para syaitan. Boleh jadi sebenarnya Tuhan sengaja menguji indahnya iman para hambanya. Mungkin juga kerana kesilapan itu Tuhan takdirkan keindahan pada kesudahan yang tidak kita jangka.

Aku walau tidak pandai meneka firasat takdir yang terjadi, meski dalam diam-diam aku menghukum kenapa aku yang terakhir tahu pada sebaris nota tentang kepercayaan pada hidup, aku tetap yakin bahawa ini takdir Tuhan.

Mungkin Dia mahu aku lebih peka dan percaya untuk membezakan gerak hati dari dari Tuhan dengan bisik-bisik syaitan.

10 comments:

catherine- said...

Takdir berhubungan erat dengan kebebasan manusia yang bertanggung jawab atas kehendak dan perbuatannya (free will). Akan tetapi, kebebasan dan kemampuan kita untuk mengerjakan sesuatu tetap bersumber dari Allah swt. Jadi, manusia hidup di bawah kendali takdir Tuhan, yang sekaligus menakdirkan manusia untuk bebas memilih takdirnya sendiri. Artinya, kebebasan manusia untuk berikhtiar merupakan takdir Tuhan itu sendiri. (http://abuthalib.wordpress.com)

Benjy said...

Saya percaya pada takdir ... namun ada juga orang berkata, kita sebenarnya boleh mengubah takdir kita melalui doa dan iman kita kepada Tuhan. Ada juga orang berkata kita memang ditakdirkan sebegitu dan kita menerimanya dengan reda. Walau apa pun, kedua-duanya adalah takdir kita ... takdir seorang insan ciptaan Tuhan.

ghost said...

seperti kata lagu meet uncle hussien,kita masih merencana takdir yang terlaksana..

HEROICzero said...

kerana itu jangan pernah kita ragui Dia. =)

skandaLdariLangit said...

takdir bala hari ini, barangkali pencetus takdir yg lebih baik pada masa depan. siapa tahu?

barangkali dia mahu beri nikmat di saat akhir siapa tahu?






~kerana itu izinkan ska bertapak di sini lebih dari di sana. maaf, mungkin tidak punya masa luang yg cukup untuk melewati keduanya. ada masa ska singgah keduanya ya? :)

Unknown said...

catherine: setuju. :)

ikhtiar adalah option dari pilihan takdir yang ada.

contoh:

Jodoh kita siapa?
kita mungkin pilih a dari b c dan d.

Jodoh telah ditentukan tuhan. kita boleh berdoa untuk dapat jodoh yang kita mahu. Tapi kalau kita mohon untuk dapat z sedangkan takdir kita adalah a b c dan d, maka kita lari dari option dan kemungkinan doa kita tidak ditunaikan sngat tinggi. takdir kan?

"Boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu mendatangkan keburukan buatmu sedangkan sesuatu yang kamu benci itu mendatangkan berkat buatmu. Dia lebih mengetahui segala perihal."

Unknown said...

benjy: konsep itu saya dah terangkan dalam balasan komen pada catherine tadi. hikhikhik.

formula mudah;

kalau kita sebagai penderma beri pilihan mahu baju atau buku, namun yang mohon derma kata mahu duit, maka kemungkinan kita memberi derma adalah rendah.

takdir pun sama, kan? :) hihi

Unknown said...

ghost: hihihi. itulah. tak akan berhenti sampai nafas terhenti. :)

Unknown said...

HEROICzero: Dia Yang Maha Mengetahui, siapa kita untuk mempersoalkan, kan? hihi.

Unknown said...

ska: wah, terharu. jemputlah singgah jika ada masa. :) berbesar hati menerima kunjungan kawan-kawan.