Yang punya pelesit ialah hati kita-kita; sentiasa mahu lebih. Sentiasa mendabik dada senang pada lebih yang sedikit. Tak tersedarkan hadiah dari Tuhan yang menyebabkan kita menjadi sedikit tinggi dari yang lain. Hadiah dari Tuhan itulah yang kita jadikan bahan ujikaji dalam penulisan. Ya, subjek penceritaan.
Seperti kali ini, celaka lagi penulisan ini diamuk cerca mereka yang benci. Benci bila semua yang tertulis terpukul batang hidung hingga patah. Mungkin sakitnya sampai mengalir air mata. Mungkin.
Tapi, ini juga naskah dari Tuhan.
8 comments:
kalau penulisan itu salah satu cabang seni maka penulisan itu perlu lebih banyak membuatkan orang menjana minda.kepuasan akan terlihat pada rumusan akhir.sebagaimana seni itu diletakkan pada jalannya begitu lah juga dengan penulisan.
Biasalah seorang penulis selalunya mempunyai pendirian yang tersendiri ... mereka unik diantara satu dengan yang lain ... Mereka tak kisah di kata celaka, dimaki dan di **** (tafsirkan sendiri) kerana bagi mereka , apabila mereka menghasilkan sesuatu ... mereka akan puas ... mereka juga percaya pembaca mereka akan puas .... di akhirnya mereka hanya tersenyum bila melihat kanak2 sekolah/kolej/maktab/universiti mengkaji hasil penulisan mereka ... tetapi kalaulah yang tulis cerita tu adalah seorang pengutip sampah ia tidak disanjung walaupun hasilnya adalah sama ...
p/s: Dayyaism nampaknya gaya penulisanmu seakan-akan Ghost Writer ... emmm adakah Dayyaism dan Ghost Writer adalah orang yang sama ?
Kerana itu setiap apa yang kita lakukan perlu ada keikhlasan. Ahh kekadang aku menulis bukan mahu menarik pembaca tapi sekadar mahu meluahkan apa yang dirasa. Susah juga ya kekadang bila tulisan itu dikritik hina?
menulis untuk menjana minda.
ghost: benarlah. mentaliti yang penting. tidak bias.
benjy: tidak. kami dua manusia berbeza. dan rasanya dia seorang lelaki dan saya pula perempuan. owh, mungkin kalau kamu mahu lebih mnegenali saya... jemput ke dayya-dayyanna.blogspot.com.
:)
nasz: aku tak peduli siapa yang membaca atau mengikut tulisan aku. yang aku peduli, sebanyak mana manfaat yang mereka peroleh. :)
khairul: menulis untuk menukil rasa juga. kepuasan gitu! haha.
Post a Comment