Thursday, April 28, 2011

Hubungan

Berhubungan dengan manusia yang lain bukan sesuatu yang mudah. Ia seperti seni muzik. Kau perlu hidup dalam rentak dan tempo yang sama. Dan proses akhirnya, kau mendengar irama bersama sambil kepala sama-sama mengangguk, jari sama-sama dipetik, peha ditampar lembut, kaki menghentak lantai. Seluruh badan kau bercantum dengan irama. Sehati. Dan sambil kau menutup mata masih dapat kau rasakan kehadiran manusia lain selain kau. Perasaan satu dalam kelompok. Semuanya kau lakukan bersama-sama.

Kesediaan untuk saling menurut dan mengemudi.

Keseronokkan itu pasti kau capai tahap klimaksnya jika ada kejituan rasa. Jika tidak, ia akan jadi bingit dan membosankan. Mungkin lebih parah, kau bakal parah dengan kecederaan dalaman di telinga.

Simpulnya, hubungan itu bukan semudah ejaan hubung itu sendiri. Langsung tidak semudah itu. Aku rela kalau dipotong jari kelingking jika menipu.

15 comments:

ghost said...

berhubungan dengan manusia kau seperti akan menyiapkan satu jambatan dari seberang ke seberang.dan jambatan harus disiapkan kukuh dan perlu lebih banyak bahan yang digunakan...harus diukur kedalaman air dan tahap pentingnya..

hubungan suatu yang dihasilkan dengan segala rasa.hilang satu rasa,hubungan seperti kurang garamnya..aku tak menipu kalau hubungan itu perlu ada keserasian.

Nasz said...

Hubungan, dalam apa jenisnya pun semuanya perlu dijaga. Dalam mengekalkannya, memang susah. Tiada apa yang senang. Kerana hari ini kita suka, esok lusa mungkin terasa bosannya. Kerana itu dalam hubungan, ada rencahnya. (:

choirunnangim said...

assalamu'alaikum..
saye indon jadi macam tak pacak bacakap malay..
Wah setuju sekali dengan pemaparan yang telah ada..
sayepun sering merase sendiri bahwa pertemanan tidak semudah yang terkire..
salam kenal dari saya..

.drakula. said...

cik dayya maap yer "curi" ayat akhir tu tampa bagi kredit pada awak...nak buat cuma belum pandai nak link kan...

skandaLdariLangit said...

berhubungan dengan manusia sebenarnya adalah lebih sukar berbanding berhubungan dengan tuhan. cuma sukarnya berhubungan dengan tuhan apabila manusia itu tidak ikhlas apabila berhubungan dengan tuhan berbanding dengan manusia.

Fatimah Ali said...

hubungan sesama manusia? umpama benang. mungkin blh kukuh seperti benang layang2 yang teguh. dan mungkin benang yang teguh itu akan suatu hari putus akibat angin yang sangat kuat.

betty said...

kamu benar sekali. berhubung dengan Tuhan mudah. kerana dia maha segala..berhubung dgn manusia..lebih bnyak bicara dari fikir. nmpak saja kukuh..tapi dasarnya rapuh

Unknown said...

ghost: keserasian itu ada kerana dari situ bermulanya hubungan. mungkin kerana manusia ini figura aneh maka menggunakan satu teori sahaja tidak cukup. :)

Unknown said...

nasz: ya, rencah dalam perhubungan. Sama perlu macam rentak. kalau rentak berubah dan lantai tari msih melagukan tarian yang sama, tentu tidak menjadi juga. huhuh.

Unknown said...

choirunnangim: terima kasih singgah. itulah, hubungan sangat susah mahu dijaga. tambah2 dengan manusia kesayangan. :)

Unknown said...

republic aku: heheh, tak pe. terkejut je. singgahan pertama baca tulisan sendiri. hahah.

salam kenal yah!

Unknown said...

ska: betul dan sangat tepat!

Unknown said...

suha: itulah, ibarat layang2 terputus tali. tali tidak kukuh sbb itu boleh putus. macam hubungan.

Unknown said...

betty: berhubung dengan tuhan itu yang terpenting sekali hati kita. sebab hati tuhan selalu setia. :)

Afiq Ah said...

berhubung dengan manusia? ah bikin parah sahaja.